Poster Pilihan

Poster Pilihan
Sedar Sebelum Terlambat

Monday, November 22, 2010

Jawatan Ketua Pemuda UMNO Selangor- Noh Omar kene berhati-hati

Jawatan Ketua Pemuda UMNO Selangor sekarang dilihat seolah-olah tiada gunanya. Selepas khabar mengatakan Dato Suhaimi Ghazali telah meletakkan jawatan tetapi diletakkan dalam status KIV, dikalangan ketua pemuda bahagian semakin rancak bercerita siapakah yang akan menjadi ketua mereka. Ada juga yang mengatakan bahawa pemuda umno selangor telah berpecah kepada beberapa pihak oleh kerana keterujaan pihak tertentu terhadap jawatan tersebut.Antara nama-nama yang tersenarai untuk dipertimbangkan ialah Suhaimi Shadan, Ungku Salleh dan juga Megat Zulkarnain. Suhaimi adalah Exco Pemuda Malaysia merangkap Ketua Pemuda Selayang, Ungku Salleh adalah Ketua Pemuda Serdang yang berani menyerang Karpal Singh di Parlimen suata masa dahulu manakala Megat adalah anak kepada Mahaguru Omar Din juga Exco Pemuda Malaysia merangkap Ketua Pemuda Gombak.

Penulis sebenarnya mahu bercerita apakah kreteria yang sepatutnya  ada pada seorang ketua pemuda negeri berdasarkan pemerhatian penulis. Secara asasnya seorang ketua itu perlulah mendapat sokongan majoriti daripada ketua pemuda bahagian dan lebih bagus kiranya dia juga mendapat sokongan daripada ketua pemuda cawangan. Ketua ini juga haruslah seorang yang bersikap seperti seorang pendekar kerana PEMUDA adalah satu sayap yang ditubuhkan untuk menjadi jurucakap mahupun menentang apa jua isu berbangkit. Ketua ini juga haruslah seorang yang mudah didekati terutama akar umbi bukan sahaja mudah didekati oleh media2 tempatan.

Daripada 3 nama diatas penulis melihat hanya 2 sahaja yang mempunya perwatakan yang hampir sama. Sebagai ketua, dia hendaklah mempunyai pengaruh yang kuat dan juga mempunyai kemampuan untuk membantu anak buah yang lain. Sumber kewangan yang kukuh bukanlah jaminan ataupun hubungan baik dengan pemimpin pusat. Bagi penulis semua itu boleh dijanakan dengan perancangan yang baik tetapi sifat semula jadi sebagai pemimpin adalah sesuatu yang tidak boleh dibuat-buat. Penampilan yang berani adalah antara kriteria terpenting kerana kesilapan memilih Ketua Pemuda sebelum ini banyak mencacatkan perjalanan Pemuda UMNO Selangor. Penampilan berbaju batik, bertali leher ataupun berkereta mewah sudah tidak lagi releven kepada politik sekarang. Rakyat melihat kepada kemampuan seseorang pemimpin itu samada mampu melakukan sesuatu ataupun hanya kerana pengaruh di kalangan pemimpin atasan. Siapa saja yang dilantik mempunyai tanggungjawap besar kerana sekarang bukannya masa untuk mendapatkan sokongan dari mana- mana pihak tetapi lebih kepada gerak kerja memastikan misi merampas kembali Selangor berjaya.

Apa yang dapat penulis simpulkan adalah UMNO Selangor kerugian besar kerana tiada pemimpin Pemuda yang berani dan juga mendapat sokongan sebahagian besar ketua pemuda bahagian. Isu kerajaan Selangor yang semakin parah gagal diambil kesempatan sebaiknya oleh UMNO Selangor. Sekiranya ada Ketua Pemuda yang mendapat sokongan majoriti ketua pemuda bahagian penulis yakin kebangkitan orang muda akan lebih baik setelah dana Yayasan Selangor yang sepatutnya disalurkan kepada golongan muda telah disalah gunakan. Duit Bukan Segalanya tetapi penulis mengakui bahawa segalanya memerlukan duit.Jangan jadikan duit sebagai perosak kepada perjuangan datuk dan nenek kita terdahulu.

No comments: