Poster Pilihan

Poster Pilihan
Sedar Sebelum Terlambat

Monday, November 22, 2010

Jawatan Ketua Pemuda UMNO Selangor- Noh Omar kene berhati-hati

Jawatan Ketua Pemuda UMNO Selangor sekarang dilihat seolah-olah tiada gunanya. Selepas khabar mengatakan Dato Suhaimi Ghazali telah meletakkan jawatan tetapi diletakkan dalam status KIV, dikalangan ketua pemuda bahagian semakin rancak bercerita siapakah yang akan menjadi ketua mereka. Ada juga yang mengatakan bahawa pemuda umno selangor telah berpecah kepada beberapa pihak oleh kerana keterujaan pihak tertentu terhadap jawatan tersebut.Antara nama-nama yang tersenarai untuk dipertimbangkan ialah Suhaimi Shadan, Ungku Salleh dan juga Megat Zulkarnain. Suhaimi adalah Exco Pemuda Malaysia merangkap Ketua Pemuda Selayang, Ungku Salleh adalah Ketua Pemuda Serdang yang berani menyerang Karpal Singh di Parlimen suata masa dahulu manakala Megat adalah anak kepada Mahaguru Omar Din juga Exco Pemuda Malaysia merangkap Ketua Pemuda Gombak.

Penulis sebenarnya mahu bercerita apakah kreteria yang sepatutnya  ada pada seorang ketua pemuda negeri berdasarkan pemerhatian penulis. Secara asasnya seorang ketua itu perlulah mendapat sokongan majoriti daripada ketua pemuda bahagian dan lebih bagus kiranya dia juga mendapat sokongan daripada ketua pemuda cawangan. Ketua ini juga haruslah seorang yang bersikap seperti seorang pendekar kerana PEMUDA adalah satu sayap yang ditubuhkan untuk menjadi jurucakap mahupun menentang apa jua isu berbangkit. Ketua ini juga haruslah seorang yang mudah didekati terutama akar umbi bukan sahaja mudah didekati oleh media2 tempatan.

Daripada 3 nama diatas penulis melihat hanya 2 sahaja yang mempunya perwatakan yang hampir sama. Sebagai ketua, dia hendaklah mempunyai pengaruh yang kuat dan juga mempunyai kemampuan untuk membantu anak buah yang lain. Sumber kewangan yang kukuh bukanlah jaminan ataupun hubungan baik dengan pemimpin pusat. Bagi penulis semua itu boleh dijanakan dengan perancangan yang baik tetapi sifat semula jadi sebagai pemimpin adalah sesuatu yang tidak boleh dibuat-buat. Penampilan yang berani adalah antara kriteria terpenting kerana kesilapan memilih Ketua Pemuda sebelum ini banyak mencacatkan perjalanan Pemuda UMNO Selangor. Penampilan berbaju batik, bertali leher ataupun berkereta mewah sudah tidak lagi releven kepada politik sekarang. Rakyat melihat kepada kemampuan seseorang pemimpin itu samada mampu melakukan sesuatu ataupun hanya kerana pengaruh di kalangan pemimpin atasan. Siapa saja yang dilantik mempunyai tanggungjawap besar kerana sekarang bukannya masa untuk mendapatkan sokongan dari mana- mana pihak tetapi lebih kepada gerak kerja memastikan misi merampas kembali Selangor berjaya.

Apa yang dapat penulis simpulkan adalah UMNO Selangor kerugian besar kerana tiada pemimpin Pemuda yang berani dan juga mendapat sokongan sebahagian besar ketua pemuda bahagian. Isu kerajaan Selangor yang semakin parah gagal diambil kesempatan sebaiknya oleh UMNO Selangor. Sekiranya ada Ketua Pemuda yang mendapat sokongan majoriti ketua pemuda bahagian penulis yakin kebangkitan orang muda akan lebih baik setelah dana Yayasan Selangor yang sepatutnya disalurkan kepada golongan muda telah disalah gunakan. Duit Bukan Segalanya tetapi penulis mengakui bahawa segalanya memerlukan duit.Jangan jadikan duit sebagai perosak kepada perjuangan datuk dan nenek kita terdahulu.

Monday, November 8, 2010

Jawatan Pengerusi UMNO Selangor- Titik Permulaan Perpecahan UMNO Selangor?

Apabila Najib Razak mengumumkan akan ada penstrukturan semula di dalam UMNO Perhubungan Negeri, kita akan lebih memberi fokus kepada negeri Selangor kerana semua sedia maklum bahawa pengerusinya adalah Najib sendiri dan timbalannya adalah Noh Omar. Ketua Penerangan UMNO Selangor ada mengeluarkan kenyataan bahawa kepimpinan Najib masih diperlukan di Selangor.Jika kita hayati kenyataan beliau, kita sedia maklum bahawa mereka seolah-oleh memerlukan masa untuk menerima orang lain sebagai pengerusi perhubungan negeri.Melantik Khir Toyo sebagai pengerusi akan mengakibatkan seluruh UMNO Selangor musnah.Musnah hanya dengan reputasi KT yang jelas telah ditolak oleh rakyat Selangor pada PRU yang lepas.

Penulis mendapat maklumat bahawa ada dikalangan Ketua Bahagian telah cuba melobi untuk jawatan tersebut.Antara yang cuba melobi adalah Dato Zain Sepang, Bendahari Dato Fateh dan juga Dato Satim Puchong.Penulis mohon maaf andai maklumat tersebut tidak betul tetapi sekiranya ianya betul berlaku ianya boleh diandaikan sebagai satu bala kepada UMNO Selangor dalam meneruskan misi merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.Ada juga maklumat mengatakan bahawa Khir Toyo telah memulakan agenda untuk memburukkan kepimpinan yang sedia ada semata-mata dalam memastikan orang-orang beliau sahaja yang berada di dalam AJK Pengurusan. Penulis melihat suasana tidak sihat ini akan menguntungkan PR kerana masa yang ada sehingga PRU tidaklah panjang.Perebutan kuasa ini tidak akan menguntungkan sesiapa malah akan merugikan kerana beberapa tindakan telah diambil oleh pengurusan sekarang sebagai contoh program Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan.

Bagi penulis setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya.Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi yang dikatakan akan dilantik menjadi Pengerusi haruslah menggunakan segala pengalaman beliau dalam memastikan perpaduan kembali terjalin demi menguatkan lagi UMNO Selangor. Noh Omar patut mengenepikan sentimen "orang siapa" dalam hal ini.

Penulis juga mendengar beberapa cerita kurang menarik tentang mereka-mereka yang menjadi "inner circle" Noh Omar. Sebagai seorang menteri yang berpengalaman, beliau haruslah bijak melihat siapa yang ikhlas dan siapa yang mempunya kepentingan peribadi dalam setiap perkara. Tidak dinafikan ada dikalangan "inner circle" bekerja dengan ikhlas dan tidak terkecuali mereka yang cuba mengaut keuntungan diatas keikhlasan orang lain. Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh Noh Omar agar kekuatan UMNO Selangor kembali seperti dulu biarpun ada tangan-tangan ghaib yang cuba memusnahkannya.

Penulis melihat suasana ini sekiranya tidak ditangani dengan segera akan menjadikan UMNO Selangor sebagai satu sejarah.Kegagalan untuk merampas Selangor dari PR pada PRU akan datang akan melenyapkan terus peluang yang ada.Ini kerana jangkamasa yang diberikan kepada PR sudah cukup untuk mereka menguatkan lagi pentadbiran dan pada masa yang sama mendapat kepercayaan daripada rakyat Selangor khasnya.

Tuesday, October 12, 2010

Perang Saraf- UMNO Selangor ketinggalan

Maaf penulis pinta kerana tidak dapat mengemaskini blog ini kerana komitment yang agak padat terhadap kerja.Walaupun begitu penulis masih memantau isu-isu semasa politik tanahair terutamanya di negeri kesayangan penulis.

Isu pemilihan PKR baru-baru ni jelas kita dapat lihat dan fahami betapa ketamakkan kepada kuasa mengatasi nilai persaudaraan dan juga kemanusiaan.Sikap kurang ajar dan tidak berdisiplin membuatkan mereka sanggup bergaduh sesama sendiri demi memastikan kuasa kekal di tangan mereka.

Ini bukanlah tujuan sebenar penulis tetapi apa yg penulis ingin luahkan adalah perancangan UMNO Selangor terhadap rencana mereka menawan kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat.Ada beberapa blog telah mengeluarkan artikel bahawa roadshow SSDE akan bermula tidak lama lagi.Bagi penulis ini adalah antara strategi terbaik yg dilakukan oleh UMNO Selangor.Penulis masih belum nampak strategi lain yang lebih baik walaupun kita dapat melihat ramai YB sudah semakin rajin turun ke kawasan bertemu pengundi.Bagi penulis ini adalah salah satu daripada strategi berkempen tetapi apa yg agak mendukacitakan adalah kempen perang saraf masih tidak diamalkan oleh UMNO Selangor.

Melihat kepada sistem IT yang ada pada UMNO Selangor [rujukan penulis adalah laman web UMNO Selangor, portal video Selamatkan Rakyat Selangor dan blog Timbalan Pengerusi UMNO Selangor] mereka mempunyai kepakaran untuk menjadikan bidang IT sebagai salah satu senjata mengegarkan PR di Selangor.Memandangkan penulis berada di dalam bidang yang sama, penulis merasakan sistem IT UMNO Selangor lebih baik berbanding UMNO di negeri2 lain.Malah masih ada UMNO Negeri yang tidak mempunyai laman web sendiri dan sekiranya ada, sistem yang diguna pakai jauh ketinggalan daripada UMNO Selangor.

Blog DarulEhsanToday ada mengeluarkan artikel bahawa PAS Selangor telah mula melancarkan kempen secara SMS.Klik Sini.Bagi penulis ini adalah salah satu strategi yang bagus tanpa menunggu masa berkempen.Penulis tak tau samada UMNO Selangor mempunyai sistem SMS ini tetapi bagi penulis sistem ini tidak terlalu sukar untuk dibangunkan.Penulis cuba mendapatkan info daripada teman di dalam UMNO Selangor dan mengesahkan bahawa UMNO Selangor tidak mempunyai sistem SMS.Apakah punca sistem ini tidak diguna pakai? Adakah kerana kekurangan dana? YAB PM sebagai Pengerusi adalah mustahil tiada peruntukan untuk sistem ini diguna pakai dalam keadaan UMNO sebagai pembangkang.Adakah sistem ini dirasakan sebagai perkara remeh oleh pengurusan tertinggi UMNO Selangor? Penulis merasakan DS Noh Omar harus memandang ke depan terhadap kemajuan IT sekarang disebalik menumpukan perhatian kepada mendekati pengundi secara fizikal.

Suka penulis mengingatkan bahawa bidang IT tidak semudah yang disangka dan mereka yang pakar dalam IT mempunyai nilai tersendiri berbanding bidang lain.Sejajar dengan perancangan YAB PM supaya rakyat mempelajari dan menggunakan internet dalam kehidupan seharian, UMNO Selangor selaku pembangkang di negeri terkaya Malaysia harus sedar perang saraf akan lebih bermakna jika di satukan diantara dunia maya dan dunia nyata.Penulis sayangkan UMNO tetapi kadang-kadang penulis kecewa dengan sikap orang-orang UMNO yang bersikap bodoh sombong tidak mahu menerima idea dan penjelasan daripada mereka yang lebih berpengalaman.Jangan mulut kata nak tawan tapi semangat melawan macam angan-angan.

Teringat penulis dengan kata2 PM untuk pemimpin UMNO Selangor
  • Kalau nak menang buat cara nak menang jangan kata nak menang tetapi perbuatan kita menempah kekalahan.
  • Jadi adalah amat penting jika hitam kata hitam, jangan kata kelabu dan kelabu pula jangan kata putih kerana ia akan menjadi lain semasa pilihan raya,
  • Pemimpin perlu rajin turun padang mendengar masalah rakyat dan setiap janji mesti ditunaikan serta berlaku adil kepada semua pihak
Salam perjuangan.