Poster Pilihan

Poster Pilihan
Sedar Sebelum Terlambat

Tuesday, October 12, 2010

Perang Saraf- UMNO Selangor ketinggalan

Maaf penulis pinta kerana tidak dapat mengemaskini blog ini kerana komitment yang agak padat terhadap kerja.Walaupun begitu penulis masih memantau isu-isu semasa politik tanahair terutamanya di negeri kesayangan penulis.

Isu pemilihan PKR baru-baru ni jelas kita dapat lihat dan fahami betapa ketamakkan kepada kuasa mengatasi nilai persaudaraan dan juga kemanusiaan.Sikap kurang ajar dan tidak berdisiplin membuatkan mereka sanggup bergaduh sesama sendiri demi memastikan kuasa kekal di tangan mereka.

Ini bukanlah tujuan sebenar penulis tetapi apa yg penulis ingin luahkan adalah perancangan UMNO Selangor terhadap rencana mereka menawan kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat.Ada beberapa blog telah mengeluarkan artikel bahawa roadshow SSDE akan bermula tidak lama lagi.Bagi penulis ini adalah antara strategi terbaik yg dilakukan oleh UMNO Selangor.Penulis masih belum nampak strategi lain yang lebih baik walaupun kita dapat melihat ramai YB sudah semakin rajin turun ke kawasan bertemu pengundi.Bagi penulis ini adalah salah satu daripada strategi berkempen tetapi apa yg agak mendukacitakan adalah kempen perang saraf masih tidak diamalkan oleh UMNO Selangor.

Melihat kepada sistem IT yang ada pada UMNO Selangor [rujukan penulis adalah laman web UMNO Selangor, portal video Selamatkan Rakyat Selangor dan blog Timbalan Pengerusi UMNO Selangor] mereka mempunyai kepakaran untuk menjadikan bidang IT sebagai salah satu senjata mengegarkan PR di Selangor.Memandangkan penulis berada di dalam bidang yang sama, penulis merasakan sistem IT UMNO Selangor lebih baik berbanding UMNO di negeri2 lain.Malah masih ada UMNO Negeri yang tidak mempunyai laman web sendiri dan sekiranya ada, sistem yang diguna pakai jauh ketinggalan daripada UMNO Selangor.

Blog DarulEhsanToday ada mengeluarkan artikel bahawa PAS Selangor telah mula melancarkan kempen secara SMS.Klik Sini.Bagi penulis ini adalah salah satu strategi yang bagus tanpa menunggu masa berkempen.Penulis tak tau samada UMNO Selangor mempunyai sistem SMS ini tetapi bagi penulis sistem ini tidak terlalu sukar untuk dibangunkan.Penulis cuba mendapatkan info daripada teman di dalam UMNO Selangor dan mengesahkan bahawa UMNO Selangor tidak mempunyai sistem SMS.Apakah punca sistem ini tidak diguna pakai? Adakah kerana kekurangan dana? YAB PM sebagai Pengerusi adalah mustahil tiada peruntukan untuk sistem ini diguna pakai dalam keadaan UMNO sebagai pembangkang.Adakah sistem ini dirasakan sebagai perkara remeh oleh pengurusan tertinggi UMNO Selangor? Penulis merasakan DS Noh Omar harus memandang ke depan terhadap kemajuan IT sekarang disebalik menumpukan perhatian kepada mendekati pengundi secara fizikal.

Suka penulis mengingatkan bahawa bidang IT tidak semudah yang disangka dan mereka yang pakar dalam IT mempunyai nilai tersendiri berbanding bidang lain.Sejajar dengan perancangan YAB PM supaya rakyat mempelajari dan menggunakan internet dalam kehidupan seharian, UMNO Selangor selaku pembangkang di negeri terkaya Malaysia harus sedar perang saraf akan lebih bermakna jika di satukan diantara dunia maya dan dunia nyata.Penulis sayangkan UMNO tetapi kadang-kadang penulis kecewa dengan sikap orang-orang UMNO yang bersikap bodoh sombong tidak mahu menerima idea dan penjelasan daripada mereka yang lebih berpengalaman.Jangan mulut kata nak tawan tapi semangat melawan macam angan-angan.

Teringat penulis dengan kata2 PM untuk pemimpin UMNO Selangor
  • Kalau nak menang buat cara nak menang jangan kata nak menang tetapi perbuatan kita menempah kekalahan.
  • Jadi adalah amat penting jika hitam kata hitam, jangan kata kelabu dan kelabu pula jangan kata putih kerana ia akan menjadi lain semasa pilihan raya,
  • Pemimpin perlu rajin turun padang mendengar masalah rakyat dan setiap janji mesti ditunaikan serta berlaku adil kepada semua pihak
Salam perjuangan.



1 comment:

Anonymous said...

Iulah yang ditakuti. Dalam keinginan yang kuat untuk menawan kembali Selangor, ramai yang pentingkan periuk nasi sendiri dahulu! Tidakkah yg teruja mahu jadi pemimmpin faham pengorbanan sebenar yang hendak sangat jadi pemimpin? Janganlah ulangi ketamakkan dan kesilapan besar yg telah dilakukan! Rakyat SElangor bukan bodoh! Di nasihatkan yang tiada kebolehan berfikir, bertindak, dan memimpin dengan baik, tetapi hanya ingin membesakan kantong sendiri dan mengampu bodek, agar melupakan hasrat untuk menyertai politik Selangor, cepat berundur, supaya Selangor tidak tumbang sekali lagi gara-gara kerakusan anda! Yang dah tua tak larat ingatlah masjid! lebih baik buat kebajikan untuk membetulkan kesilapan lalu. SELANGOR MUST TRANSFORM! GREEDY and CROOKED POLITICIANS must LEAVE!