Poster Pilihan

Poster Pilihan
Sedar Sebelum Terlambat

Monday, November 8, 2010

Jawatan Pengerusi UMNO Selangor- Titik Permulaan Perpecahan UMNO Selangor?

Apabila Najib Razak mengumumkan akan ada penstrukturan semula di dalam UMNO Perhubungan Negeri, kita akan lebih memberi fokus kepada negeri Selangor kerana semua sedia maklum bahawa pengerusinya adalah Najib sendiri dan timbalannya adalah Noh Omar. Ketua Penerangan UMNO Selangor ada mengeluarkan kenyataan bahawa kepimpinan Najib masih diperlukan di Selangor.Jika kita hayati kenyataan beliau, kita sedia maklum bahawa mereka seolah-oleh memerlukan masa untuk menerima orang lain sebagai pengerusi perhubungan negeri.Melantik Khir Toyo sebagai pengerusi akan mengakibatkan seluruh UMNO Selangor musnah.Musnah hanya dengan reputasi KT yang jelas telah ditolak oleh rakyat Selangor pada PRU yang lepas.

Penulis mendapat maklumat bahawa ada dikalangan Ketua Bahagian telah cuba melobi untuk jawatan tersebut.Antara yang cuba melobi adalah Dato Zain Sepang, Bendahari Dato Fateh dan juga Dato Satim Puchong.Penulis mohon maaf andai maklumat tersebut tidak betul tetapi sekiranya ianya betul berlaku ianya boleh diandaikan sebagai satu bala kepada UMNO Selangor dalam meneruskan misi merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.Ada juga maklumat mengatakan bahawa Khir Toyo telah memulakan agenda untuk memburukkan kepimpinan yang sedia ada semata-mata dalam memastikan orang-orang beliau sahaja yang berada di dalam AJK Pengurusan. Penulis melihat suasana tidak sihat ini akan menguntungkan PR kerana masa yang ada sehingga PRU tidaklah panjang.Perebutan kuasa ini tidak akan menguntungkan sesiapa malah akan merugikan kerana beberapa tindakan telah diambil oleh pengurusan sekarang sebagai contoh program Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan.

Bagi penulis setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya.Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi yang dikatakan akan dilantik menjadi Pengerusi haruslah menggunakan segala pengalaman beliau dalam memastikan perpaduan kembali terjalin demi menguatkan lagi UMNO Selangor. Noh Omar patut mengenepikan sentimen "orang siapa" dalam hal ini.

Penulis juga mendengar beberapa cerita kurang menarik tentang mereka-mereka yang menjadi "inner circle" Noh Omar. Sebagai seorang menteri yang berpengalaman, beliau haruslah bijak melihat siapa yang ikhlas dan siapa yang mempunya kepentingan peribadi dalam setiap perkara. Tidak dinafikan ada dikalangan "inner circle" bekerja dengan ikhlas dan tidak terkecuali mereka yang cuba mengaut keuntungan diatas keikhlasan orang lain. Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh Noh Omar agar kekuatan UMNO Selangor kembali seperti dulu biarpun ada tangan-tangan ghaib yang cuba memusnahkannya.

Penulis melihat suasana ini sekiranya tidak ditangani dengan segera akan menjadikan UMNO Selangor sebagai satu sejarah.Kegagalan untuk merampas Selangor dari PR pada PRU akan datang akan melenyapkan terus peluang yang ada.Ini kerana jangkamasa yang diberikan kepada PR sudah cukup untuk mereka menguatkan lagi pentadbiran dan pada masa yang sama mendapat kepercayaan daripada rakyat Selangor khasnya.

1 comment:

Unknown said...

mohon pautkan blog kami mukapetang(dot)com. terima kasih