Poster Pilihan

Poster Pilihan
Sedar Sebelum Terlambat

Monday, August 23, 2010

SSDE- Titk Permulaan Menyedarkan Rakyat Selangor



Kebelakangan ini ada 2 isu yang hangat diperkatakan tentang PAS.Pertama isu Hukum Hudud yang telah disahkan oleh Lim Kit Siang tiada didalam agenda Pakatan Rakyat dan kedua isu mendoakan Lim Guan Eng ketika khutbah Jumaat di Pulau Pinang.Buat sementara penulis berkongsi cerita berkenaan hudud dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat.Klik Sini dan Sini. Penulis akan mengulas isu ini di artikel akan datang.Apa yang ingin penulis kongsikan adalah berkenaan PAS dan Pakatan Rakyat di dalam Selangor sekarang.

PAS sepatutnya merasa tertipu dengan tipu helah DAP di dalam Pakatan Rakyat bilamana LKS mengatakan bahawa tiada ruang untuk hudud didalam Pakatan Rakyat. UMNO secara zahirnya tidak pernah menggunakan isu agama didalam hal-hal berkaitan politik tidak seperti PAS yang berjanji dengan bermacam-macam perkara berkaitan Islam terutamanya ketika berkempen.Malangnya semua itu hanya tinggal kenangan apabila PAS berada didalam kerajaan selangor sekarang.Dimanakah janji-janji PAS andai mereka berkuasa? Adakah PAS didalam kerajaan Selangor sekarang hanyalah sebagai patung mainan DAP? Digunakan bila perlu dicampakkan bila tak diperlukan.Keadaan terdesak PAS semakin ketara bilamana Khalid Samad cuba memperbesarkan lagi kilang arak Carlsberg dengan alasan tapak kilang sekarang mahu didirikan stesyen bas.Adakah ini hanya retorik politik kotor golongan Erdogan PAS yang terdesak untuk mendapatkan undi bukan Melayu selepas kecenderungan orang Melayu kepada UMNO sudah semakin pulih? Sepatutnya PAS tidak berfikiran singkat dengan menjadikan agama sebagai isu politik.

PAS Selangor sekarang begitu ligat memainkan isu bahawa kepimpinan UMNO Selangor menghadapi masalah diantara Noh Omar dan juga Khir Toyo.Isu ini makin kuat dimainkan bila Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan dimulakan sebelum Ramadhan.Adakah mereka terlupa bahawa PAS sendiri mempunyai puak-puak tertentu sepertimana terjadi diantara Hasan Ali dan Khalid Samad, Puak Erdogan dan puak Timbalan Presiden Nasaruddin serta antara PAS Jawi dan PAS Rumi. Bagi penulis, UMNO Selangor bersikap gentelmen bilaman mereka bekerja bersama-sama tanpa mengira siapa akan menjadi ketua andai berjaya merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat.Tidak timbul masalah dikalangan pemimpin UMNO Selangor kerana hak melantik ketua kerajaan nanti adalah kuasa mutlak Perdana menteri yang juga pengerusi perhubungan negeri.

Penulis melihat gabungan 3 pemimpin anak watan Selangor iaitu Noh Omar, Khir Toyo dan Ezam M.Noor telah menyebabkan Pakatan Rakyat gelisah dengan kombinasi ini sehinggakan isu SSDE telah menjadi topik hangat ketika mesyuarat exco kerajaan Selangor.Ketua Polis Selangor juga telah dipanggil untuk memberi penjelasan kenapakah permit untuk ceramah SSDE ini dibenarkan.Ini adalah petanda bahawa kombinasi ini begitu kuat pengaruhnya dalam menyedarkan rakyat kesilapan mereka memilih kerajaan ketika PRU yang lepas.Ini adalah punca sebenar kenapa Pakatan Rakyat tidak berhenti-henti cuba memecahkan kombinasi tersebut dengan mengeluarkan berbagai kenyataan yang mengelirukan.

Gelombang SSDE ini berpunca daripada idea Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Dato Seri Noh Omar.Adakah logik kita memikirkan andai Noh Omar takut kepada Khir Toyo dan Ezam M.Noor, beliau boleh menjemput mereka berdua bergabung tenaga dalam gelombang ini.Cuba kita fikirkan sebaik-baiknya.

No comments: